Laluan Serian-Sri Aman Lebuhraya Pan Borneo Dibuka Mulai Hari Ini

19 Sep 2022 • 4:16 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kini dibuka untuk orang awam

Laluan Serian-Sri Aman Lebuhraya Pan Borneo Dibuka Mulai Hari Ini. Selepas mengumumkan pembukaan laluan dibahagian Miri-Seksyen Pujut Julai lalu, pihak Jabatan Kerja Raya Sarawak sekali lagi memaklumkan khabar gembira di mana laluan dua hala untuk bahagian Sri Aman ke Serian telah pun dibuka bermula hari ini.

image is not available
Laluan Serian-Sri Aman Lebuhraya Pan Borneo Dibuka Mulai Hari Ini. Kredit Foto: Jabatan Kerja Raya Sarawak

Kedua-dua laluan Pan Borneo Lebuh raya dari Serian ke Sri Aman dan Sri Aman ke Serian (KM8-KM14/KM14-KM8) kini dibuka kepada orang ramai.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini mengingatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika memandu di kawasan ini sepanjang tempoh pembukaan.

Orang awam dinasihatkan untuk berhati-hati

“Pengguna jalan raya juga diminta mematuhi semua papan tanda pengurusan trafik untuk keselamatan dan memberi perhatian apabila lorong jalan bertukar daripada sehala kepada dua hala,” katanya.

Jabatan itu berkata kontraktor akan memaklumkan sebarang perubahan pada tarikh atau kawasan berkaitan pembukaan.

“Oleh itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka ke hadapan,” tambahnya.

Untuk sebarang aduan atau pertanyaan berkaitan aliran trafik, hubungi Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR
Zon Selatan Sarawak di talian 082-619125.

Baca lagi info mengenai pembinaan Lebuhraya Pan Borneo: