Laluan mendap di Jalan Masjid India dibuka semula

11 Nov 2025 • 9:20 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Jalan Masjid India dibuka semula pada jam 6 petang semalam, selepas kerja pembaikan bahagian jalan yang mendap pada sebelah pagi selesai dijalankan, kata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL berkata kerja pembaikan di Jalan Bunus dijalankan dan disiapkan pada sekitar jam 6 petang semalam.

“DBKL akan meneruskan pemantauan rapi serta melaksanakan pemeriksaan dan pengimbasan lanjut di lokasi serta kawasan sekitarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, keselamatan orang awam kekal sebagai keutamaan DBKL.

Dalam kejadian pada jam 8.40 pagi itu, sebahagian jalan di hadapan kedai Bombay Jewellery ditutup selepas ia mendap.

Ini bukan kejadian pertama, malah pada 23 Ogos tahun lalu, seorang pelancong India, G Vijaya Lakshmi, 48, dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam 8m yang tiba-tiba terbentuk di Jalan Masjid India.

Punca kejadian itu dikenal pasti berpunca daripada paip pembetung pecah selepas mengalami hakisan akibat tindak balas kimia serta ketidakstabilan tanah.

Bagaimanapun selepas sembilan hari, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan tanpa sebarang penemuan. – 11 November, 2025

The post Laluan mendap di Jalan Masjid India dibuka semula appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved