
Dalam pada masa yang sama, liputan 5G telah capai 62.5 peratus
Laluan Pan Borneo Beroperasi Sepenuhnya Pada Akhir Tahun Ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan bahawa projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak kini telah mencapai tahap siap sebanyak 99.5 peratus dan dijangka akan beroperasi sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
Pengumuman ini dibuat melalui teks ucapan beliau yang dibacakan oleh timbalan beliau, Dato Amar Douglas Uggah Embas sempena Karnival Celik Kewangan Sarawak 2024 yang berlangsung di VivaCity Megamall hari ini.

Infrastruktur Digital Sarawak Terus Berkembang
“Projek ini telah menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan,” kata Abang Johari dalam ucapannya.
Dalam perkembangan yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa liputan rangkaian 4G di Sarawak kini telah mencapai 89.22 peratus. Pencapaian ini adalah hasil daripada usaha Program Jalinan Digital Negara (Jendela) yang dilaksanakan oleh Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC).
Bagi liputan 5G pula, sebanyak 552 menara telekomunikasi telah didirikan dengan liputan mencecah 62.5 peratus.


