Laluan utama ke Ladang Ulu Teru disekat, operasi Rimbunan Sawit terjejas sejak 18 Jun

LocalBusiness & Finance
6 Jul 2026 • 6:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Laluan utama ke Ladang Ulu Teru disekat, operasi Rimbunan Sawit terjejas sejak 18 Jun Image from: Laluan utama ke Ladang Ulu Teru disekat, operasi Rimbunan Sawit terjejas sejak 18 Jun johardy06/07/2026 - 18:00 Ibu pejabat Rimbunan Hijau di Sibu, Sarawak Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 6 Julai – Rimbunan Sawit Berhad (RSB) berdepan gangguan operasi di Ladang Ulu Teru milik anak syarikatnya selepas laluan utama ke ladang tersebut disekat sejak 18 Jun lalu, menyebabkan aktiviti penuaian, pengangkutan buah tandan segar (FFB) serta beberapa operasi ladang terjejas.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat berkata gangguan itu melibatkan ladang milik PJP Pelita Ulu Teru Plantation Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat RSB.

 

Menurut syarikat, pihaknya sedang berunding dengan pihak berkuasa berkaitan dan pihak berkepentingan lain bagi menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.

 

Pada masa sama, beberapa langkah operasi turut dilaksanakan bagi meminimumkan impak terhadap aktiviti perladangan syarikat.

 

Tempoh gangguan masih tidak menentu

RSB berkata, setakat ini tempoh sekatan tersebut masih belum dapat dipastikan dan syarikat sedang menilai kesan operasi serta kewangan yang timbul akibat gangguan berkenaan.

 

Sebarang gangguan terhadap aktiviti penuaian dan penghantaran buah tandan segar berpotensi menjejaskan pengeluaran hasil sawit, memandangkan komoditi itu perlu dihantar ke kilang pemprosesan dalam tempoh tertentu bagi mengekalkan kualitinya.

 

Bagaimanapun, syarikat belum dapat menentukan nilai impak kewangan susulan keadaan tersebut.

 

RSB berkata, pengumuman lanjut akan dibuat sekiranya terdapat perkembangan material atau apabila kesan kewangan akibat sekatan itu dapat ditentukan secara munasabah.

 

Lembaga Pengarah RSB memaklumkan bahawa pihak pengurusan telah diarahkan untuk mengambil segala langkah yang perlu bagi melindungi operasi dan kepentingan syarikat.

 

Rimbunan Sawit tidak menyatakan identiti pihak yang membuat sekatan tetapi laporan sebelum ini pernah menyatakan penduduk setempat di Ulu Teru, Miri, Sarawak, pernah mengadakan bantahan terhadap pembangunan ladang kelapa sawit di kawasan tersebut yang didakwa melanggar Hak Tanah Adat Bumiputera (NCR). - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved