Lebih dua tahun menghilangkan diri, akhirnya peminat lepas rindu selepas melihat beberapa video memaparkan pelakon berbakat besar, Azar Azmi tular di platform TikTok.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok, @_airaa4 memaklumkan individu dalam video berdurasi 11 saat dimuat naiknya adalah aktres, Azar Azmi yang dicari dan dirindui peminat selama ini.
“Tipu, dosa, masuk api neraka. Takkan nak tipu? Memang Azar Azmi. Takda tipu-tipu,”katanya.



@_airaa4 Membalas kepada @beruang kutub makin manis senyuman & makin cantik kakak @azarazmi kitaa sekarang #december2024
♬ bunyi asal - _Airaaa96 - _Airaaa96
Maklumnya lagi, aktres wanita itu akan membuat kemunculan kemballi tidak lama lagi selepas mengambil keputusan untuk berehat daripada industri hiburan.
“Dia kata nanti dia comeback. Hari tu dia nak rest sekejap, me time. #gambarhariniDec2024 #isteriorang,”tulisnya lagi.
@_airaa4 Membalas kepada @tysha newbie azarazmi @azarazmi ade jeni . Dia kate nanti dia comeback haritu dia nak rest sekejap me timee #gambarhariniDec2024 #isteriorang
♬ suara asli - Sedang sibuk - ooodinoo
Betul ke Azar Azmi? Peminat lepas rindu
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet seakan-akan tidak percaya wanita yang manis bertudung itu sebenarnya aktres yang dinantikan selama ini.
Mereka juga berharap agar aktres berusia 35 tahun itu kembali aktif berlakon kerana sudah lama berehat daripada industri seni hiburan tempatan.

Terdahulu, kehilangan Azar atau nama sebenar Siti Azar Ameerah Azmi sejak Mei tahun 2022 mencetuskan tanda tanya termasuk rakan selebriti yang mendakwa turut gagal menjejaki atau menghubunginya.
Terdapat kenalan industri mendakwa Azar dikhabarkan mengurungkan diri di rumah sehingga kelibatnya tidak kelihatan di mana-mana acara hiburan.
Malah, pelakon Hafreez Adam yang pernah rapat dengan Azar sebelum ini juga memaklumkan tidak mengetahui lakosi tepat aktres berkenaan tinggal.
Sumber: TikTok @_airaa4
