Lama Menyepi, Ramai Tanya Ira Kazar - “Mana Next Resipi, Macam Lama Tak Ada Hello Everyone”

31 Oct 2023 • 2:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Jika disebut mengenai memasak, sudah pasti antara salah satu akaun TikTok yang menjadi pilihan netizen untuk melihat resipi adalah Ira Kazar iaitu isteri pengarah, Syamsul Yusof.
 
Ini kerana Ira begitu rajin memenuhi permintaan pengikutnya berkongsi pelbagai jenis resipi mudah untuk dimasak.
 
Namun baru-baru ini, ramai yang tertanya-tanya mengenai resipi terbaharu Ira kerana wanita itu dilihat sudah tidak memuat naik hantaran terbaru.
 
Kali terakhir Ira memuat naik resipi adalah pada 14 Oktober lalu iaitu masakan Korea, Sundubu Jjigae.
 
Disebabkan itu ramai yang bertanyakan bilakah Ira akan memuat naik resipi baharu kerana tidak sabar untuk mencuba.




“Ala mana next resipi Ira, lama tunggu,”
 
“Ira tak ada resipi baru lagi ke? Macam dah lama tak hello everyone,”










image is not available