Lama Menyepi Selepas Keluar SM Entertainment, Ini Rupanya Pekerjaan Terkini Sunny SNSD

EntertainmentMusic
10 Apr 2025 • 11:54 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas keluar dari SM Entertainment pada 2023 yang lalu, pasti ramai yang tertanya-tanya keberadaan Sunny sekarang kan.

Terbaru menurut laporan, Sunny secara rasmi telah menyertai Lee Soo-man dalam A20 Entertainment sebagai penerbit untuk menubuhkan kumpulan idola.

Sebagai respon, A20 Entertainment mengesahkan,

Sunny baru-baru ini telah menandatangani kontrak dengan A20 Entertainment. Dia kini dilatih sebagai penerbit di bawah Yoo Young-jin. Dia bertanggungjawab dalam banyak tugas di A20 seperti mereka bentuk rejimen latihan dan mengawasi kesihatan mental pelatih. Seperti yang ditunjukkan, dia juga turut serta dalam tugas lain termasuk koreografi, penggayaan dan pengeluaran kandungan.

image is not available

Awal minggu ini, Sunny telah membuat penampilan dalam program ‘A20 Summer Training Camp Highlights’, di mana dia mempamerkan profesionalismenya melatih pelatih di sebuah studio rakaman di Amerika Syarikat.

Fighting Sunny!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.