'Lama pujuk dia, Abang Red serah cincin bukan niat main-main.' Tampil berkolaboratif bersama Mira Gold, Adira jelas gimik pelancaran

LocalEntertainment
20 Sep 2024 • 8:04 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SAMBUTAN hangat yang diterima cincin Ami sebelum ini membuatkan Siti Adira Suhaimi sekali lagi tampil berkolaboratif bersama Mira Gold.

Kali ini mereka tampil memperkenalkan 'Cincin Siti Adira'. Cincin ini mempunyai rekaan yang lebih eksklusif, disertakan dengan sijil khas. Lebih istimewa, aksesori yang menampilkan rekaan Six Loop dan Eight Loop itu hanya dikeluarkan sebanyak 1,000 unit sahaja.

Pengasas Mira Gold, Nor Dhamirah Daling ketika ditemui SinarPlus mengakui cukup mudah menjalinkan kerjasama dengan penyanyi yang disapa Adira itu.

image is not available

"Adira seorang yang mempunyai aura positif. Cara dia bercakap dan melayan orang lain sangat menyenangkan. Bincang tentang perniagaan pun menjadi sangat lancar, jadi kami terbuka untuk terus mengadakan kolaboratif bersama," ujarnya.

Sementara itu, Adira ketika ditemui mengakui, walaupun sentiasa sibuk sebagai seorang selebriti, ia tidak mematahkan semangatnya untuk menjadi pengasas emas hasil kerjasama dengan Mira Gold.

"Kami sering berbincang tentang rekaan ini sehingga larut malam kerana kami ingin memastikan hasilnya cantik. Kadang-kadang sampai ke subuh," jelasnya.

image is not available

Gimik pelancaran

Dalam pada itu, wanita berusia 33 tahun itu turut mengulas mengenai kehadiran Datuk Red yang muncul melakukan gimik pelancaran dengan memberikan cincin kepada Adira sebagai kejutan bersama anak-anaknya di pentas utama.

Dhamira menjelaskan, itu bukan bermakna beliau cuba mengambil kesempatan atas isu yang berlaku terhadap pasangan tersebut, tetapi sekadar mencantikan perjalanan majlis pelancaran.

"Kami bukan mengambil kontroversi, tetapi bagi saya, tidak salah untuk meraikan kedatangan Datuk Red. Kami sudah bersama Adira, jadi apa salahnya kami bersama keluarganya juga bersama Mira Gold."jelasnya lagi.

image is not available

Adira turut berterima kasih kepada bekas suaminya yang sudi melakukan gimik tersebut demi menjayakan majlis pelancaran ini.

"Gimik ini untuk mencantikan perjalanan Siti Adira Collection dan Mira Gold. Kami pun pujuk dia bukan main lama, tetapi kami tidak mendesak. Alhamdulillah, Tuhan mempermudahkan dan melembutkan hatinya untuk menyertai gimik ini."

image is not available

Untuk rekod, kedai Mira Gold mula beroperasi pada 2018 dan kini mempunyai dua cawangan di Pasir Gudang, Johor dan Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Mira Gold juga menawarkan pembelian barang perhiasan emas secara dalam talian dengan jaminan keselamatan penghantaran kepada pelanggan.