Dituduh Jadi Penyondol & Tak Sensitif Isu Rumah Tangga Fattah Amin-Fazura, Wanna Ali Jawab: “Saya Tak Ada Niat Langsung…”

13 Sep 2024 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Wanna Ali tampil menjelaskan perkongsian foto bersama aktor Fattah Amin sudah ditetapkan jadual pada malam tadi untuk dikongsikan di Instagram miliknya hari ini. 
 

Hanya kebetulan


“Semuanya hanya kebetulan, malam tadi adalah babak kahwin, kebetulan juga malam tadi juga saya dah schedule post. Drama pula tayang pukul 10 malam. Takkan saya nak post pukul 12 malam pula di feed IG saya. 



Tuduhan ada hubungan dengan Fattah tak masuk akal


“Bagi saya, lagi tak masuk akal (skandal Fattah). Bila post fasal kerja, tiba-tiba dituduh ada skandal pula. Tak ada ribut, tak ada petir pula dituduh ada skandal, jadi penyondol pula. 

“Netizen Malaysia pula paling sensitif, dalam banyak-banyak negara, netizen Malaysia la paling tersakiti,” katanya lagi.

Pada Jumaat, Fazura, 40, membuat permohonan cerai terhadap Fattah, 33, di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

Berita perceraian Fazura dan Fattah itu disahkan oleh sumber yang enggan identitinya didedahkan.

Terdahulu keretakan rumah tangga Fattah dan Fazura mula dihidu oleh peminat selepas keduanya sudah tidak lagi berkongsi foto bersama di laman sosial Instagram masing-masing.

Fattah pada awal Ogos menafikan berdepan masalah rumah tangga dan mengatakan hubungan suami isteri bersama Fazura berada dalam keadaan baik.

Pasangan selebriti yang dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nur Fatima Aisya, 4, itu berkahwin pada 2017.