“Lama sangat tenung tu”- Gelagat Seorang Lelaki Cari Selipar Sebelah Hilang, Siap Try Takut Tertukar Lain

Entertainment
6 Jan 2024 • 2:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa pernah mengalami masalah kehilangan atau selipar dicuri selepas selesai solat berjemaah di masjid?

Pakai selipar jamban pun boleh dikebas, inikan pula selipar berjenama.

Ada pula yang sanggup menyorokkan atau memutuskan tali selipar agar selipar mereka tidak dapat dicuri oleh orang lain.

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial dimana seorang lelaki kelihatan mencari sebelah lagi seliparnya yang tidak dapat ditemui selepas selesai mengerjakan solat.

Video tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai danielOiman.

@daniel0iman

masalah besar dalam majlis ilmu agama, takpe sabar tau pakcik .

♬ Ini Parah Ni – A Kiil Mustafa

Gelagat lelaki itu menarik perhatian netizen apabila dia dilihat terlalu lama mencari sehingga memasukkan tangan ke dalam poket seluar.

Dia dilihat terlalu fokus mencari dikawasan penuh dengan selipar jemaah lain dan akhirnya menemui seliparnya.

Apabila sudah ditemui, lelaki itu masih tidak berpuas hati adakah selipar itu miliknya dengan memastikan corak dan memakai selipar itu di kakinya.

Rata-rata netizen turut memberi komen terhibur dengan gelagat pakcik itu.

image is not available

image is not available

Agak-agak berapa lama pakcik tu cari selipar?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article