Laman ArtStation Kini Menghadapi Masalah Untuk Diakses Di Malaysia

TechnologyDigital
6 Sep 2024 • 1:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hari ini secara mengejut laman ArtStation telah mula dihalang di Malaysia. Tiada maklumat mengapa laman yang memaparkan portfolio seni digital ini dihalang kerana tiada kenyataan dikeluarkan oleh pihak SKMM. Kami menyedari laman dihalang hari ini selepas melihat ciapan yang dihantar oleh pengguna media sosial sejak awal pagi tadi.

image is not available

ArtStation tidak boleh diakses menggunakan beberapa ISP utama negara seperti Time Fibre dan CelcomDigi. Jika URL dimasukkan ke dalam pelayar, ia tidak bergerak dengan laman seakan cuba dimuatkan beberapa kali tetapi gagal. Satu-satunya cara untuk mengakses ArtStation ialah dengan menggunakan DNS.

Tetapi tidak diketahui sehingga bila cara ini boleh digunakan untuk memintas halangan kerana beberapa ISP akan mula menghalang penggunaan DNS bagi mengakses laman yang dilarang SKMM. Alasan yang diberikan sebelum ini ialah ia menghalang laman-laman lucah. ArtStation ialah laman yang digunakan artis bagi memuat naik portfolio kerja mereka bagi mendapatkan pekerjaan. Maka impak laman dihalang ialah menyebabkan artis tempatan perlu mencari laman lain untuk memuat naik karya mereka.