Laman Bolt Untuk Pasaran Malaysia Kini Aktif – Bolt Memulakan Pendaftaran Minat Menjadi Pemandu

TechnologyDigital
26 Aug 2024 • 7:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bolt merupakan salah satu perkhidmatan memfokuskan seru-pandu yang berpusat di Estonia, dan turut menawarkan perkhidmatan mereka dibeberapa buah negara. Selepas menyatakan hasrat ingin memasuki pasaran Malaysia, kini Bolt turut telah mengaktifkan laman khusus untuk pengguna di Malaysia.

image is not available

Bolt dilihat akan memfokuskan perkhidmatan seru-pandu dalam memudahkan perjalanan pengguna ke destinasi terlebih dahulu untuk pasaran Malaysia. Melalui laman yang telah aktif, ia memaparkan perkhidmatan seperti penghantaran makanan, penghantaran runcit, skuter dan sebagainya tidak ditawarkan di Malaysia.

Selari pengaktifkan penawaran laman web khusus untuk Malaysia dan juga aplikasi mudah-alih yang sudah boleh dimuat-turun, pihak Bolt juga turut mengaktifkan laman untuk pencarian pemandu untuk menyertai platform berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Bolt telah bersedia dari segi lesen dan sebagainya atau tidak. Kadar bayaran dan sebagainya juga tidak dipaparkan kepada umum melalui laman mereka buat masa ini.