Prudential Assurance Malaysia dan Prudential BSN Takaful kini mengesahkan yang mana mereka adalah antara syarikat yang terkesan dengan serangan kecurian data MOVEit. Pihak Prudential menyatakan mereka telah memaklumkan pihak berkuasa berkenaan dengan insiden ini.
Menurut Prudential, antara data yang terkesan dengan serangan ini adalah kemungkinan data agen dan juga pelanggan melibatkan nama, nombor telefon, nombor kad pengenalan, akaun bank, atau sebahagian kad kredit.
Pihak Prudential kini dalam proses penyiasatan lanjutan, dan telah mengasingkan pelayan yang terkesan dengan insiden ini.
Para pelanggan Prudential diminta untuk berhati-hati dan elak klik sebarang pautan pada emel yang meragukan, disamping menyemak penyata bank dan kad kredit dengan kerap. Prudential turut meminta pengguna yang curiga kad kredit mereka diceroboh untuk menghubungi pihak pengeluar kad kredit terus secepat mungkin.
- Sumber
- Prudential



