“Laman Dopamin” Di Korea Menjadi Tempat Melepaskan Ketagihan Membeli Belah Atas Talian Tanpa Duit Dibelanjakan

TechnologyLifestyle
16 Jun 2026 • 1:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

“Laman Dopamin” Di Korea Menjadi Tempat Melepaskan Ketagihan Membeli Belah Atas Talian Tanpa Duit Dibelanjakan

Saya mempunyai masalah ketagihan membeli makanan menerusi aplikasi seru-pandu. Lebih mudah menekan butang dalam aplikasi daripada berjalan keluar ketika waktu makan tengah hari di pejabat. Ini menyebabkan perbelanjaan makanan bulanan agak tinggi.

Di Korea Selatan sekiranya adan mempunyai ketagihan menggunakan perkhidmatan seru-pandu atau membeli belah secara atas talian yang kronik, anda boleh melayari “laman dopamin” untuk menikmati pengalaman sama tanpa membelanjakan wang.

Image from: “Laman Dopamin” Di Korea Menjadi Tempat Melepaskan Ketagihan Membeli Belah Atas Talian Tanpa Duit Dibelanjakan

Laman 음식만안와요.com (cuma makanannya tak sampai) dibangunkan untuk mereka yang mahu pengalaman memesan makanan secara seru-pandu. Ia memberi pilihan untuk memesan pelbagai jenis makanan seperti perkhidmatan Grab Food atau Food Panda.

Pengalamannya sama dengan pilihan penghantaran pantas (arnab) atau perlahan (kura-kura). Selepas “bayaran” dilakukan, sistem penjejakan GPS akan dipaparkan menunjukkan lokasi rakan penghantar makanan dan masa diambil sebelum tiba ke rumah. Tiada wang bertukar tangan dan pelawat boleh melakukan “pembelian” berkali-kali tanpa henti.

Selain membeli makanan palsu secara atas talian, terdapat juga laman untuk memberikan pengalaman merokok secara maya. Sebuah bilik maya untuk perokok boleh dilawati dengan pengunjung boleh berbual sesama sendiri seperti bilik merokok sebenar di Korea Selatan.

Walaupun kedua-dua “laman dopamin” ini dibangunkan sebagai jenaka, ia masih menarik perhatian ramai pengunjung kerana isu ketagihan membeli secara atas talian serta merokok ialah isu dunia sebenar. Jika ada laman yang boleh memberikan pengalaman sama untuk “melepaskan gian” ia mungkin boleh membantu walaupun untuk seketika.

Sumber- Reddit

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved