Laman Pengantin Di Samarahan, Pilihan Terbaik Untuk Majlis Anda

9 Jan 2024 • 5:15 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Nak buat majlis tapi tak tahu di mana? Anda boleh cuba Laman Pengantin di Samarahan, boleh buat pelbagai majlis

Sekiranya anda sedang mencari tempat sesuai untuk membuat majlis perkahwinan. pertunangan atau hari jadi anda, anda boleh kunjungi Laman Pengantin.

Terletak di Samarahan, Laman Pengantin menyediakan kemudahan untuk anda mengadakan pelbagai jenis majlis, lengkap dengan hiasan yang cantik dan menarik.

Juga menyediakan perkhidmatan katering

image is not available
Laman Pengantin Di Samarahan, Pilihan Terbaik Untuk Majlis Anda. Kredit foto: Laman Pengantin, Samarahan via Facebook

Laman Pengantin bukan sahaja menyediakan hall untuk anda mengadakan majlis anda, anda boleh juga menempah perkhidmatan katering untuk menyediakan makanan bagi majlis anda.

image is not available
Laman Pengantin Di Samarahan, Pilihan Terbaik Untuk Majlis Anda. Kredit foto: Laman Pengantin, Samarahan via Facebook

Antara majlis sesuai anda boleh lakukan di sini adalah majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi / surprise party, majlis makan / annual dinner, akikah dan majlis lain yang serupa. Anda pun tak perlu bingung dengan hiasan kerana suasana sini sudah cukup cantik – dengan vibe nya ala-ala garden, sesuai untuk aktiviti santai.

image is not available
Laman Pengantin Di Samarahan, Pilihan Terbaik Untuk Majlis Anda. Kredit foto: Laman Pengantin, Samarahan via Facebook

Laman Pengantin sangat memahami kepentingan mendapatkan tempat yang selesa dan sesuai untuk majlis perkahwinan atau majlis seperti sambutan hari jadi dan lain-lain. Oleh itu, mereka menyediakan tempat yang luas dan selesa, serta mampu menampung sehingga 100 tetamu pada satu masa.

Malah, turut dihiasi dengan dekorasi yang sungguh cantik dan elegan pastinya akan menambah seri majlis anda. Mereka juga menawarkan kadar sewaan yang amat berpatutan, pastinya bersesuaian dengan bajet majlis anda.

Jadi, tunggu apa lagi? Segera hubungi pihak Laman Pengantin untuk membuat tempahan. Laman Pengantin akan memberikan servis yang tiptop kepada pelanggan. Anda juga pasti akan menikmati hidangan yang sedap sepanjang majlis berlangsung.

Maklumat penting

Lokasi: Ground Floor, SL 52 & 53 PH15, Jln Desa Ilmu, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

Waktu operasi: 10am-11pm

Hubungi mereka: 012-944 9949 (facebook)

Baca juga artikel yang berkaitan tempat menarik di Samarahan:

https://www.iloveborneo.my/port-brunch-menarik-samarahan-terrace-restoran/

https://www.iloveborneo.my/pau-taman-desa-ilmu-samarahan/