Laman penghantar barang dan kedai online palsu paling banyak curi data pengguna – Kaspersky

LocalTechnology
19 Jul 2023 • 4:27 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kaspersky, pakar keselamatan digital telah berkongsi dapatan mereka tentang serangan siber di Malaysia. Antaranya, serangan pancingan data menerusi emel yang meningkat mendadak. Ini kerana sistem Kaspersky Anti-Phishing telah menyekat sebanyak 8,267,013 serangan tersebut tahun lepas.

Data daripada Cybersecurity Malaysia pula menyebut, sebanyak 4,074 serangan siber telah dilaporkan kepada mereka dan sebanyak 456 kes penipuan direkodkan sehingga Februari 2023. Ia tambah menggerunkan kerana sebanyak RM27 juta kerugian dicatat oleh Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) sehingga Februari 2023.

image is not available
Angka menunjukkan jumlah serangan merbahaya di emel yang disekat sistem Kaspersky Anti-Phishing sepanjang tahun 2022

Pengarah Urusan Kaspersky Asia Pasifik, Adrian Ha berkata, “Malaysia kekal di tangga tiga teratas di rantau Asia Tenggara dari segi e-mel berniat jahat yang disekat oleh Kaspersky. Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa trend pancingan data yang meningkat diperhatikan bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Taktik ini kekal sebagai teknik jangkitan untuk penjenayah siber kerana pancingan data sebagai kejuruteraan sosial benar-benar berkesan dan mudah dijalankan. Memandangkan penjenayah siber terus kreatif untuk menggodam minda manusia melalui topik yang kita minat, orang ramai perlu terus meningkatkan kesedaran diri dan benar-benar bertindak melindungi peranti sendiri daripada ancaman siber.”

image is not available
Pengarah Urusan Kaspersky Asia Pasifik, Adrian Ha

Serangan pancingan data meningkat tahun lepas di seluruh dunia. Sistem Kaspersky Anti-Phishing telah menyekat 507,851,735 cubaan yang mahu mengarahkan pengguna pergi ke pautan merbahaya.

Data Kaspersky sepanjang tahun 2022 menunjukkan, penyamaran laman web yang meniru penghantar barang disekat Kaspersky adalah sebanyak 27.38%. Ia diikuti dengan kedai online (15.56%), sistem pembayaran (10.39%) dan perbankan (10.39%). Selain itu, laman palsu portal internet, perkhidmatan web dan media sosial mencatat lebih 5% setiap satu.

image is not available

Cara baru memancing data

"Baru-baru ini, kami telah melihat peningkatan dalam serangan pancingan data yang disasarkan di mana penipu tidak segera beralih kepada serangan pancingan data itu sendiri, tetapi hanya selepas beberapa e-mel pengenalan yang terdapat surat-menyurat aktif dengan mangsa. Pakar kami meramalkan bahawa trend ini mungkin berterusan. Helah baharu juga berkemungkinan akan muncul dalam sektor korporat pada 2023, dengan serangan menjana keuntungan yang ketara untuk penyerang," tambah Hia.

Untuk melindungi dari daripada menjadi mangsa penjenayah siber, Kaspersky menasihatkan pengguna untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut:

  • Belajar kenali serangan pancingan data. Jika kenal tanda-tanda pada emel, terus padam tanpa membukanya.
  • Laporkan serangan pancingan data. Selepas berjaya mengelak daripada menjadi mangsa, laporkannya. Ia akan membantu syarikat untuk meningkatkan tahap keselamatan dan memastikan akaun pengguna selamat.
  • Pasang perisian anti-virus dan anti-phishing. Kebanyakan syarikat keselamatan digital menyediakan perisian anti-phishing, dengan penapis emel phishing sebagai spam. Program antivirus juga penting untuk membuang virus di dalam peranti dan membaiki semula kerosakan jika ada.

Bacaan Berkaitan