Malaysia Antara Negara Dengan Serangan Phishing Tertinggi Di Asia Tenggara

TechnologyDigital
18 Jul 2023 • 4:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kaspersky kini berkongsi data, menyatakan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kadar serangan phishing yang tertinggi di rantau Asia Tenggara. Kaspersky menyatakan pada tahun 2022 sahaja, sistem mereka telah menghalang lebih 8,267,013 serangan phishing melibatkan pengguna di Malaysia melalui perisian Kaspersky Anti-Phishing System.

image is not available

Kebanyakkan serangan berbentuk phishing dilakukan melalui emel. Serangan ini kebiasaannya akan meniru rekaan laman-laman popular yang membuatkan pengguna tanpa sedar memasukkan maklumat seperti kata laluan – yang kemudiannya disalahguna untuk pelbagai tujuan.

Menurut Cybersecurity Malaysia, sekitar 4741 serangan siber telah dilaporkan pada 2022 lepas. Disamping itu, angka kerugian telah dicatatkan mencapai RM27 juta setakat Februari 2023 lepas.

Kaspersky mengalakkan pengguna untuk mengenal pasti bagaimanakah phishing ini beroperasi, termasuk melaporkan serangan yang diterima. Pengguna juga digalakkan menggunakan perisian sekuriti dan antivirus dalam terus melindungi diri dari menjadi mangsa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved