Laman Pertukaran Kriptowang Garantex Ditutup Kerana Penglibatan Dalam Web Gelap Dan Perisian Tebusan

TechnologyDigital
7 Mar 2025 • 2:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Isu berkenaan perisian tebusan yang membabitkan pembayaran menggunakan kriptowang adalah satu isu yang dilihat membelenggu banyak syarikat dan badan-badan kerajaan, dan seringkali apabila serangan-serangan ini berlaku, ia akan melibatkan satu pertukaran kriptowang dari Rusia yang bernama Garantex.

Pertukaran kriptowang ini dilihat sangat popular dengan kumpulan-kumpulan penggodam kerana pusat operasinya di Rusia, dan agak sukar untuk bertindak menentangnya kerana lokasi tersebut.

image is not available

Terkini, dengan kerjasama di antara US Secret Service, Federal Bureau of Investigation, Europol, Dutch National Police, Bundeskriminalamt, Frankfurt General Prosecutor’s Office, Finnish National Bureau of Investigation dan Estonian National Criminal Police, mereka telah mengenakan sekatan dan telah merampas domain laman web tersebut.

Jika anda melawat laman web Garantex, ia kini hadir dengan notis bahawa laman web tersebut telah disekat oleh badan-badan undang-undang tersebut dan tidak lagi boleh diakses. Sekatan keatas Garantex sudahpun dilakukan oleh pihak EU sebelum ini khususnya kerana ia juga dilihat bekerjasama dengan bank-bank Rusia yang juga dikenakan sekatan oleh EU.

Setakat ini ia tidak diketahui lagi apakah yang berlaku kepada aset-aset kriptowang pada pertukaran tersebut, tetapi ia dijangka bahawa buat masa ini, aset-aset tersebut telah dibekukan juga oleh Kesatuan Eropah.