“Macam Melly Goeslaw” – Perubahan Berat Badan Enot Jadi Tumpuan Ramai, Amal Senaman Dan Sauna Badan

EntertainmentHealth & Fitness
5 Mar 2025 • 1:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penampilan terkini pelakon dan pelawak sensasi, Enot menjadi sorotan warga maya gara-gara dia dilihat telah berjaya menurunkan berat badan dengan mendadak.

Enot atau nama sebenarnya, Aliza Abdullah,46, tampil berbeza dan turut mempromosikan satu jenama produk makanan tambahan di media sosialnya.

Semakin langsing, dia juga turut membalas pertanyaan warga maya mengenai berat badannya yang terkini.

Maklum Enot, dia ada mengambil produk makanan tambahan, melakukan senaman selain amalan ke sauna.

image is not available

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat dan pengikut media sosial pelakon itu memuji perubahan fizikal Enot.

Malah, ada yang menyamakan rupa paras Enot setelah kurus dengan penyanyi terkenal Indonesia iaitu Melly Goeslaw.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 10 hours ago

Akui Kesilapan, Pak Azad Harap Dimaafkan - "Saya Juga Mempunyai Darah Keturunan India"