Laman Tesla Kini Menyenaraikan Tesla Model Y Bermula RM199,00 Di Malaysia

TechnologyDigitalCars
14 Jul 2023 • 9:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tesla mula menawarkan kenderaan elektrik mereka secara terus menerusi laman web rasmi mereka hari ini. Hanya Tesla Model Y sahaja ditawarkan pada waktu ini dengan Model 3 pula mempunyai butang untuk pelanggan yang berminat menerima notifikasi apabila ia ditawarkan kelak. Pelancaran laman rasmi ini dilaporkan oleh laman automotif Paul Tan awal pagi ini.

image is not available

Bagi yang berminat membeli Model Y secara terus daripada Tesla, ia dijual pada harga bermula RM199,000 untuk model paling asas dan meningkat ke RM246,000 untuk model Long Range dan RM288,000 untuk Model Y Performance. Ini adalah untuk model-model dengan sistem Autopilot asas sahaja.

image is not available

Untuk Enhanced Autopilot pakej tambahan ini dijual pada harga RM16,000 dan untuk Full Self-Driving pula pembeli perlu membayar RM32,000 yang meningkatkan harga kereta ke RM320,000 untuk spesifikasi yang paling mercu ini. Memperibadikan warna kemasan dalaman dan rim tayar juga boleh dilakukan menerusi laman rasmi Tesla Malaysia.

Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan pertemuan menggunakan panggilan video dengan Elon Musk untuk membincangkan perniagaan Tesla di Malaysia.