Laman Web Imigresen Malaysia Kini Dalam Mod Penyelenggaraan Selepas Menjadi Mangsa Serangan Siber

TechnologyDigital
4 Apr 2023 • 2:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Ia baru sahaja telah dilaporkan bahawa laman web Imigresen Malaysia telah digodam hari ini oleh seorang penggodam yang menamakan dirinya CaptainSmok3r.

image is not available

Laman sesawang tersebut telah dibawa keluar talian untuk membolehkan pihak CyberSecurity Malaysia untuk membuat siasatan lanjut tentang bagaimana godaman tersebut berlaku dan sekiranya sebarang data sulit telah dicuri melalui godaman ini.

Carian di Google memperlihatkan bahawa tajuk laman web Imigresen Malaysia telah ditukar kepada “Hacked by CaptainSmok3r” dan kini laman web tersebut tidak boleh diakses melalui desktop mahupun peranti mudah-alih.

image is not available

Pihak Imigresen Malaysia juga telah menaikkan notis laman web tersebut sedang diselenggara buat masa ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved