Laman Web Jabatan Imigresen ‘Down’, Didakwa Kena Godam Dengan ‘CaptainSmok3r’?

Entertainment
4 Apr 2023 • 3:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang dilakukan secara terancang dan ia terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan, pengubahsuaian program data komputer, pencurian maklumat dan penggodaman.

Hari ini, gempar di media sosial apabila laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia tidak dapat diakses dan disyaki telah digodam.

image is not available

Laman web rasmi itu telah digodam oleh sebuah entiti yang melabelkan diri mereka sebagai ‘CaptainSmok3r’ dan di bahagian atas carian tersebut mereka menulis penggodaman ini dilakukan hanya ‘untuk keseronokan’.

Terdapat juga ayat bertulisan Arab yang tidak dapat dikenal pasti maksud serta apa yang ingin disampaikan.

Pun begitu, pihak imigresen melalui laman media sosial Twitter mereka memberitahu laman web rasmi mereka tidak dapat diakses dan sedang diselenggara buat sementara waktu.

Pihak imigresen turut memberitahu sesiapa yang memerlukan khidmat jabatan boleh layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) jika mempunyai sebarang pertanyaan, klik di sini untuk melawati laman rasmi SPO.

Harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.