Laman Web Legenda Miniclip Ditutup Secara Rasmi, Budak 90-an Mesti Sedih!

Gaming
23 Oct 2022 • 11:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semasa zaman kecil dahulu, tidak semua orang mampu untuk mempunyai telefon pintar dan permainan konsol seperti PlayStation 2. Sebagai ganti, rata-rata daripada kita akan pergi ke kafe siber atau melayari laman web permainan atas talian seperti Miniclip dan Y8.

Berita kurang baik buat anda, laman web yang menemani kita semua semasa kecil dahulu, Miniclip, secara rasminya telah menutup pelayannya.

image is not available

Miniclip dilancarkan pada tahun 2001 dengan kos sebanyak £40,000 (RM214,242) dan telah menjadi ‘rumah’ kepada ribuan permainan dalam talian yang boleh dimainkan secara percuma. Difahamkan, Miniclip bernilai lebih £275 juta pada tahun 2008.

Untuk rekod, laman web Miniclip masih wujud namun hanya dua permainan yang ada pada laman itu iaitu 8 Ball Pool dan Agario. Miniclip telah mengumumkan berita ini pada bulan Mac 2022, dan memadam semua permainan yang ada selepas pengumuman menyedihkan itu.

Pada ketika ini, Miniclip menjadi laman web rasmi syarikat itu dan hanya memaparkan berita semasa, informasi syarikat serta peluang pekerjaan di situ.

Syarikat ini membuat keputusan ini selepas mengambil kira ramai pengguna laman web mereka telah berhijrah untuk bermain permainan kegemaran mereka pada telefon bimbit berbanding web. Penutupan Adobe Flash pada penghujung 2020 juga menjadi salah satu faktor kepada penutupan Miniclip ini.

Berita ini ternyata mengejutkan ramai pihak terutamanya mereka yang lahir pada tahun 90-an. Miniclip merupakan peneman di kala sunyi dan duka buat ramai kanak-kanak pada suatu ketika dahulu.

Kredit: HITC

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.