Lamborghini Berlumba, Polis Sudah Kenal Pasti

LocalCars
20 Sep 2024 • 9:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Dua Lamborghini tular di internet gara-gara berlumba di Lebuh Raya Utara Selatang arah Selatan namun pihak polis mengesahkan bahawa pihaknya sudah mengenal pasti pemandu terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, ihaknya sudah menerima maklumat berhubung rakaman video berkenaan.

"Setakat ini, kami sudah dapat mengesan dan mengenal pasti seorang daripada pemandu terbabit," katanya.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 36 saat memaparkan dua kereta dipandu laju di sebuah lebuh raya seakan berlumba menjadi tular di media sosial, hari ini.

Dalam rakaman itu juga memaparkan dua kereta itu memotong beberapa kenderaan selain menggunakan laluan kecemasan di lebuh raya berkenaan.