Lampu Flash Pada Peranti Android 14 Boleh Menyala Jika Notifikasi Diterima

TechnologyDigital
9 Mar 2023 • 5:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sudah bertahun peranti Android tidak menyertakan lampu LED notifikasi. Jika ada pun biasanya pada peranti gaming dengan sistem RGB masing-masing. Sesetengah orang tidak hiraukan ciri ini langsung, kerana iPhone tidak pernah menyertakannya. Tetapi saya yang menerima banyak notifikasi pentingkan ciri ini.

image is not availableimage is not available

Contoh peranti yang mengembalikan sistem lampu untuk notifikasi adalah Nothing Phone (1) dengan sistem Glyph Interface dan baru-baru ini Realme GT3 dengan Pulse Interface Design. Oppo juga ada cuba mengembalikan ciri ini pada Oppo Reno 7 Pro dan paling baru adalah Vivo V27e.

image is not available

Dalam Android 14 versi pembangunan kedua yang baru diedarkan kepada pengguna Pixel, terdapat ciri baharu yang membolehkan lampu LED flash peranti menyala jika menerima notifikasi. Seperti iOS, pada peranti Android ciri ini turut diletakkan di bahagian kebolehcapaian (Accessibility).

image is not available

Terdapat dua pilihan diberikan, satu dengan lampu LED flash menyala dan kedua adalah skrin menyala mengikut warna pilihan pengguna. Ciri ini bukan baharu, kerana beberapa pengeluar peranti Android ada menyertakan ciri ini terbina. Cuma dalam Android 14, ia menjadi satu fungsi terus terbina dalam sistem.

Adakah anda akan menggunakan ciri ini nanti atau lebih selesa tiada lampu menyala jika menerima notifikasi?