Lampu Isyarat Di Bulatan Stutong Kini Beroperasi Bermula Hari Ini

24 Mar 2023 • 10:04 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hati-hati semasa memandu!

Lampu Isyarat Di Bulatan Stutong Kini Beroperasi Bermula Hari Ini. Baru-baru ini pihak JKR telah mengeluarkan notis pemberitahuan bahawa lencongan di bulatan Setia Raja telah ditutup selama seminggu berikutan kerja-kerja naik taraf permukaan jalan raya dan pemasangan lampu isyarat di kawasan itu.

image is not available
Lampu Isyarat Di Bulatan Stutong Kini Beroperasi Bermula Hari Ini. Kredit: Facebook

Penutupan lencongan di kawasan bulatan Setia Raja untuk kerja-kerja pembaikan jalan dan pemasangan lampu isyarat telah pun dibuka semula bermula pagi ini.

Belum siap sepenuhnya

Pengguna-pengguna jalan raya diminta berhati-hati semasa memandu di jalan tersebut kerana proses ‘road marking arrow’ masih belum sepenuhnya disempurnakan oleh pihak kontraktor.

image is not available

Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik tersebut, sila berhubung dengan Pejabat JKR Bahagian Samarahan melalui talian (082-671076) pada waktu pejabat.

Baca lagi artikel terkini: