Polis Tawarkan Diskaun 60% Untuk Pembayaran Saman Sehingga 31 Mac 2023 Melalui MyBayar Saman

TechnologyDigital
20 Mar 2023 • 2:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

PDRM kini dilihat menawarkan diskaun pembayaran saman sebanyak 60%, bersempena dengan peringatan Hari Polis Ke-216. Diskaun ini ditawarkan bermula 20 hingga 31 Mac 2023.

Menariknya, diskaun ini turut ditawarkan melalui MyBayar Saman, membolehkan anda melakukan pembayaran terus melalui portal MyBayar Saman, sebagai pilihan alternatif sekiranya anda tidak ingin pergi ke balai berdekatan.

image is not available

Walaubagaimanapun, pengurangan kompaun ini tidak ditawarkan bagi kesalahan berbentuk kemalangan, kesalahan bicara mahkamah, kesalahan berkaitan kenderaan berat, memotong secara berbahaya, menggunakan lorong kecemasan, kesalahan tidak boleh kompaun, tidak patuhi isyarat lampu merah, memotong di garisan berkembar, kesalahan pengubahsuaian ekzos, dan saman berstatus OP Selamat.

Bagi anda yang ingin menyemak saman, dan membayarnya, boleh ke MyBayar Saman hari ini, sekaligus menikmati diskaun sebanyak 60%.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved