Lampu jalan tidak berfungsi di Putrajaya akibat kabel dicuri

LocalPolitics
23 Nov 2026 • 12:20 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lampu jalan tidak berfungsi di Putrajaya akibat kabel dicuri

KUALA LUMPUR: Sebanyak 720 daripada keseluruhan 1,518 lampu jalan di laluan FT29 dan FT30 yang menjadi laluan utama keluar masuk Putrajaya tidak berfungsi berpunca daripada kegiatan kecurian kabel.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, masalah berkenaan turut disebabkan kerosakan akibat jangka hayat lampu yang sudah lama serta kemalangan jalan raya.

Beliau berkata, bagi laluan FT29, sebanyak 812 unit lampu jalan biasa dan 291 unit lampu solar disediakan namun 270 unit daripada keseluruhan 1,103 lampu berkenaan tidak berfungsi.

Katanya, laluan FT29 turut mempunyai 27 unit tiang pembekal kuasa (feeder pillar) bagi menyalurkan bekalan elektrik kepada lampu jalan.

“Bagi laluan FT30, sebanyak 706 unit lampu jalan biasa disediakan dengan 17 unit feeder pillar, namun 450 unit lampu dilaporkan tidak berfungsi.

“Ini berlaku atas tiga sebab. Pertama, kerosakan kerana jangka hayat lampu lama, maka rosak. Kedua, kena langgar dan rosak. Ketiga, curi kabel.

“Daripada 720 lampu yang tidak berfungsi itu, kebanyakannya disebabkan kecurian kabel. Ini masalah besar,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Radzi Jidin (Putrajaya-PN) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah kes kecurian kabel sehingga menyebabkan kementerian terpaksa membaiki lampu jalan di laluan FT29 dan FT30 serta statistik keseluruhan kejadian sama di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, kegiatan kecurian kabel memerlukan tindakan penguatkuasaan lebih tegas termasuk terhadap pihak yang membeli kabel curi, khususnya premis besi buruk.

Menurutnya, tindakan perlu diambil terhadap kedua-dua pihak iaitu pencuri kabel dan pembeli bagi membendung kegiatan berkenaan daripada terus berulang.

“Penguatkuasaan bukan bawah kami, penguatkuasaan polis dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kedai besi buruk, mereka membeli. Kalau mereka tidak beli, tidak adalah orang nak jual dan curi kabel.

“Jadi dua-dua perkara ini, pencuri kabel dan pembeli kabel yang dicuri itu perlu diambil tindakan dan penguatkuasaan perlu diadakan,” katanya. – UTUSAN

The post Lampu jalan tidak berfungsi di Putrajaya akibat kabel dicuri appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved