“Lampu lip lap weh” – Kedai ‘Meriah’ Tapi Netizen Terkejut Rupa-rupanya Jual…

Entertainment
2 May 2024 • 12:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apabila kita memandu dalam jarak yang jauh pada waktu malam khususnya, kita akan cuba untuk mencari kedai atau restoran untuk berehat serta mencari alas perut.

Kedai makan pada waktu malam, biasanya akan menggunakan lampu yang ‘meriah’ bagi menarik perhatian pelanggan.

Namun, satu video telah tular di media sosial di mana terdapat satu kedai bersebelahan sebuah restoran yang dilihat sangat meriah dan dipenuhi lampu namun ia sebenarnya menjual kepuk serta batu nisan.

Dalam video yang dikongsikan oleh @tira.zulkifli di TikTok, difahamkan kedai menjual barangan kubur itu terletak di Jengka, Pahang dan ia sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan.

Dapat dilihat dari video tersebut, kedai itu sangat meriah dengan cahaya lampu persis restoran masakan panas.

“Orang Jengka mesti kenal tempat ni”

Ruangan komen video berkenaan dipenuhi dengan pengalaman mereka yang pernah melalui jalan tersebut dan ada juga yang sudah ‘terkena’ dengan kedai itu.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah pun mendapat lebih sejuta tontonan serta lebih 600 komen.

Korang yang suka drive malam tu jangan salah kedai lak…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.