Lampu Minyak Mula Berkelip, Berapa KM Lagi Kereta Boleh Jalan?

22 Jul 2023 • 2:33 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ini jawapan daripada individu tersebut mengenai lampu minyak mula berkelip

Lampu Minyak Mula Berkelip, Berapa KM Lagi Kereta Boleh Jalan? Kalau indikator paras minyak petrol asyik berkelip-kelip lampu merah pasti rasa panik kalau tersangkut dalam kesesakan trafik kan?

Pasti serabut kalau petanda minyak dalam tangki nak habis, tak kisahlah lelaki ke perempuan pasti ada rasa kerisauan dan cuak, lebih-lebih lagi kalau memang tak dapat bergerak dalam kesesakan tu.

image is not available
Sumber: tiktok

Jadi, jika anda gentar untuk berhadapan dengan situasi di atas, atau pun sedang menghadapi situasi tersebut, apa yang perlu anda lakukan?

Menurut sumber, seorang pegguna TikTok Petronas Bukit Kempas @petronasbukitkempas memuat naik satu hantaran serba sedikit mengenai lampu indikator paras minyak.

Menerusi perkongsian video tersebut, Abang Haji cuba menjelaskan sejauh manakah kereta mampu bergerak dalam lingkungan 50-100 kilometer lagi.

Ikut saiz tangki kenderaan

Bagaimanapun, jarak berkenaan bergantung kepada saiz tangki kenderaan. Jika tangki kenderaan bersaiz kecil, kereta dijangka mampu bergerak dalam lingkungan 50 kilometer. Manakala, jika tangki bersaiz besar, kereta mampu bergerak sehingga sejauh 100 kilometer.

image is not available
Sumber: tiktok

Jadi, jika lampu indikator tiba-tiba berkelip, anda tidak perlu panik kerana anda mempunyai masa yang cukup untuk mencari mana-mana stesen minyak. Apa yang anda perlu buat adalah:

  1. Anda cuma perlu mengenal pasti stesen minyak terdekat, berpandukan aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps.

2. Selepas itu, pilih dan pandu dengan berhati-hati menuju ke stesen minyak berkenaan.

3. Bagaimanapun, anda digalkkan untuk memandu pada laluan paling kiri, bagi memudahkan urusan anda dan juga orang lain sekiranya terjadi situasi yang tidak dijangka. Contohnya, kehabisan petrol sebelum sempat tiba di stesen minyak.

Dapat memudahkan urusan orang lain

Dengan melakukan tindakan tersebut, ia sekaligus memudahkan untuk orang ramai membantu mengalihkan kenderaan anda dan mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Baca juga artikel yang berkaitan: