Lan Berambeh 2022 Berlangsung Hari Ini, Dijangka Lebih 6,000 Anak Sarawak Bakal Hadir

15 Oct 2022 • 7:03 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jom meriahkan Lan Berambeh 2022

Lan Berambeh 2022 Berlangsung Hari Ini, Dijangka Lebih 6,000 Anak Sarawak Bakal Hadir. Sudah pasti anak Sarawak yang berada di perantauan pasti akan merindui untuk berkumpul sesama anak Sarawak. Yelah, semestinya ramai yang rindukan makanan autentik Sarawak seperti Laksa Sarawak dan Mi Kolok bahkan rindu bertutur dalam bahasa etnik sendiri.

Tepat hari ini, sedang berlangsungnya program ‘Lan Berambeh Anak Sarawak 2022‘ edisi ke-14 bertujuan mengumpulkan dan mengeratkan perpaduan semua anak Sarawak yang menetap di Semenanjung.

Program ini akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdaganan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur, bermula pada pukul 11 pagi hingga 8 malam. Wah bestnya!

image is not available
Lan Berambeh 2022 Berlangsung Hari Ini, Dijangka Lebih 6,000 Anak Sarawak Bakal Hadir. Kredit foto: Suara Sarawak

Banyak booth dan juga program menarik

Kata Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Datuk Seri Fadillah Yusof, tahun ini pihaknya menyasarkan kehadiran sekitar 6,200 warga Sarawak terutamanya golongan pelajar.

Jumlah kehadiran untuk Lan Berambeh kali ini juga dihadkan kerana negara masih dalam fasa endemik COVID-19 dan perlu patuh prosedur operasi standard (SOP), berbanding tahun sebelumnya direkodkan sekitar 10,000 yang datang.

Antara fokus utama program ini adalah berkaitan program pembangunan Sarawak khasnya Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 dan disertai sebanyak 28 agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan universiti yang ada di Sarawak.

image is not available
Lan Berambeh Anak Sarawak 2022.

Untuk sebelah petang pula akan berlangsungnya DIalog Awam bersama Premier Sarawak, program ini akan menyediakan peluang untuk anak Sarawak berinteraksi terus dengan pemimpin tertinggi negeri ini.

Juga untuk acara kemuncak iaitu Majlis Makan Malam Anak Sarawak juga akan berlangsung malam ini bermula jam 7 malam dengan kehadiran Tun Taib, Abang Johari serta jemputan lain yang turut hadir.

Lagi cerita menarik di sini: