Lan Zailan Meninggal Dunia Akibat Kanser Pankreas

19 Dec 2024 • 8:04 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Lan Zailan atau Zailan Kamarudin telah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 4.15 pagi, Khamis akibat kanser pankreas.

 

Jenazah dimandikan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) PPUM sekitar pukul 8 pagi dan akan dibawa ke Masjid As Salam Puchong Perdana untuk solat jenazah sebelum dijangka dikebumikan Tanah Perkuburan Islam USJ 22.

Arwah Lan Zailan merupakan seorang pelakon drama dan filem di Malaysia sejak tahun 1980 sehingga kini dan telah berlakon lebih daripada 10 filem dan puluhan drama dan telefilem di Malaysia.

 

Sebelum ini, Lan atau nama lengkapnya Zailan Kamaruddin, 66, dimasukkan ke PPUM akibat batuk berpanjangan selepas keadaannya tidak berubah walaupun sudah mendapatkan rawatan di klinik sejak Oktober lalu.

 

Pada awal Disember lalu, isteri kepada pelakon Lan Zailan iaitu Ruby Sara Omar, 51 memaklumkan suaminya disahkan menghidap kanser pankreas tahap 4 dan kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM).

 

Menerusi mesej yang dikongsikan di aplikasi WhatsApp, Ruby turut memberitahu doktor memaklumkan Lan mempunyai jangka hayat selama tiga bulan sahaja.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved