Lana Nodin kongsi suami & anak belajar Iqra’, mohon doa terus istiqamah

Entertainment
15 May 2024 • 10:52 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Lana Nodin kongsi suaminya, David McKienzie dan anak sulung, Gia Quinn sedang belajar membaca Iqra’ sehingga mendapat perhatian ramai.

image is not available

Lana Nodin kongsi suami, anak mula belajar Iqra’

Menerusi video dimuat naik Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin di platform Instagram semalam, dilihat suami dan anaknya sedang belajar Iqra’ dan dibimbing oleh dua orang guru.

Dalam video berdurasi pendek, dilihat masing-masing tekun belajar termasuk mendengar penjelasan mengenai penggunaan tanda baris semasa membaca Iqra’.

image is not available

image is not available

Mohon doa seisi keluarga istiqamah

Dalam pada itu, pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa itu turut memohon doa dari semua agar mendoakan dirinya, suami dan anak-anak terbuka hati dalam mendekati Allah S.W.T.

“Mi familia… Alhamdullilah, doakan suami dan anak-anak saya rajin dan selalu terbuka hati dekat dengan-Nya.
“Serta doakan saya sendiri mendapat hidayah dan terus beristiqamah kepada-Nya,” tulisnya.

Alhamdulillah, moga istiqamah

Rata-rata pengikut meluahkan rasa senang melihat perkongsian tersebut dan mendoakan agar Lana sekeluarga dikurniakan hidayah serta istiqamah.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: Instagram Lana Nodin