Lana Nodin tersentuh, suami berstatus mualaf ajak ke masjid selepas tengok wayang. 'Moga terus istiqamah, hidayah itu mahal'

LocalFamily & Parenting
12 Aug 2025 • 12:53 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PEJAM celik, pejam celik sepuluh tahun Lana Nodin mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta Mohd Daud McKienzie, 45.

Selepas 10 tahun  Mohd Daud memeluk Islam, Lana menitipkan rasa bersyukur melihat  suaminya yang tersayang komited dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Lana, atau nama penuhnya Mazlina Hassan Nodin, yang selamat menunaikan umrah pada Disember lalu, berkongsi menerusi Instagram bahawa Mohd Daud dengan rela hati mengajaknya ke masjid selepas mereka sekeluarga selesai menonton wayang.

"Tersentuh hati apabila suami yang mualaf ajak kita ke masjid selepas selesai tengok movie.

image is not available

"Terima kasih ALLAH, semoga berikan hidayah terbaik ini untuk suami, anak-anak dan diri sendiri.

"Teruskan istiqamah, hidayah itu mahal. Happy dia apabila ke masjid, siap menari lagi," titip yang memuat naik video 

Menurut Lana, suaminya berasa tenang berada di masjid. 

image is not available

Untuk rekod, Mohd Daud yang memiliki darah kacukan Irish dan Filipina memeluk Islam pada Disember 2014.

Lana dan Mohd Daud yang merupakan bekas pemain bola tampar Amerika Syarikat diijabkabulkan pada 15 Mei 2015.

Pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Gia Quinn McKenzie, 9, dan William Daud McKenzie, 5.