Lancar Lagu Romansa, Ewal Masih Bersama Kumpulan Kristal - "Ini Projek Untuk Karier Solo Saya"

1 Jun 2024 • 10:17 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi lelaki versatil, Ewal Ismail menghadiahkan Romansa sebagai single terbaharunya buat peminat-peminatnya. 

Menurut Ewal atau nama sebenarnya Ikhwal Hafiz Bin Ismail, 32, lagu ini berkisahkan mengenai percintaan antara dua insan. 

Meski ia melambangkan sebuah percintaan yang lazimnya dikaitkan dengan balada lagu, namun menurut Ewal liriknya yang cukup mendalam membuatkannya dia bersetuju untuk membawakan Romansa.

“Saya tak nafikan lagu ini pada pandangan orang lain mungkin ia sekadar lagu cinta seperti kebanyakan yang mereka dengar. Tetapi pada pandangan saya lagu ini mempunyai keunikannya tersendiri.

“Romansa menceritakan mengenai pengorbanan seseorang kepada individu yang dicintainya. Cinta yang telah dibina itu enggan dipersiakan dan kalau boleh ingin kekal abadi seperti mana digambarkan menerusi bait lirik, menuju puncak di awan biru. 

"Jadi Romansa mempunyai maksud yang mendalam dan saya kagum dengan penulis lirik lagu ini yang menyusun seni kata cukup indah” ujar Ewal.
 

        View this post on Instagram                      

A post shared by @myaminrecords


Ciptaan pengkarya Singapura



“Saya masih lagi bersama kumpulan Kristal sebagai vokalis utama. Jadi untuk Romansa, ini adalah projek untuk karier solo dan dalam masa yang sama Kristal adalah karier berkumpulan saya.




***
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

View Original Article