Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Ditutup Sebab Pesawat TUDM Tergelincir

23 Jun 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) kini ditutup untuk memudahkan pemindahan sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerja-kerja pembersihan landasan berikutan insiden berkaitan pesawat pada 11.30 pagi Isnin.Menurut Malaysia Airports Holdings Bhd, Notis kepada Juruterbang (NOTAM) telah dikeluarkan dan penutupan dijangka berterusan sehingga 3 petang ini.

image is not available

"Semasa tempoh penutupan ini, semua operasi penerbangan di KIA akan terjejas. Penumpang dinasihatkan untuk menyemak dengan syarikat penerbangan masing-masing."Lapangan terbang itu akan memberikan maklumat terkini selepas landasan tersebut diisytiharkan selamat dan dibuka semula untuk operasi penerbangan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM),” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved