Pesawat TUDM Tergelincir Di Landasan Lapangan Terbang Kuching

23 Jun 2025 • 4:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia pesawat tudm tergelincir kuching

Panik seketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pagi ini apabila sebuah pesawat pengangkut jenis CN-235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tergelincir dari landasan.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu menyebabkan landasan utama KIA ditutup serta-merta untuk tujuan keselamatan.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengesahkan kejadian dan memaklumkan bahawa penutupan landasan dilakukan bagi membolehkan pemindahan pesawat dan kerja pembersihan dijalankan.

image is not available

Notis kepada Anak Kapal Udara (NOTAM) telah dikeluarkan dan penutupan ini dijangka berterusan sehingga jam 3 petang hari ini.- Jelas MAHB.

Sepanjang tempoh itu, semua operasi penerbangan dari dan ke Kuching akan terjejas.

Penumpang diminta semak status penerbangan…

image is not available

MAHB menasihatkan semua penumpang yang terjejas agar menyemak status penerbangan masing-masing dengan syarikat penerbangan sebelum ke lapangan terbang.

Pihak lapangan terbang akan memberikan maklumat terkini sebaik landasan diisytiharkan selamat dan dibuka semula untuk operasi penerbangan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Pssttt! Insiden seperti ini bukan perkara biasa dan sudah tentu memberi impak besar kepada ramai penumpang yang mungkin sedang kejar masa atau penerbangan sambungan. Walaupun kita faham aspek keselamatan jadi keutamaan, harapnya siasatan penuh dijalankan dan langkah pencegahan dipertingkatkan. Semoga semuanya kembali normal secepat mungkin.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.