Lando Zawawi Tegur Isu Lalang Meninggi, Tak Mahu Kes Mayat ‘Tersorok’ Berulang

LocalEntertainment
5 Mar 2024 • 11:38 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, misteri kehilangan seorang remaja perempuan sejak lapan hari lepas akhirnya terungkai apabila mayatnya ditemukan bersama sebuah motosikal dekat dalam parit di KM 54 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Parit Changkat, Sungai Haji Dorani semalam.

Mayat mangsa berusia 17 tahun itu dijumpai kira-kira 30 meter dari motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang dipercayai ditunggang remaja berkenaan ketika kejadian.

image is not available

Menurut laporan polis, mangsa dalam perjalanan dari arah Sekinchan menghala ke Sabak Bernam dan sebaik tiba di lokasi, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit.

Mangsa juga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) di Sabak Bernam untuk bedah siasat.

Lando Zawawi tegur isu lalang meninggi di Selangor

Susulan isu ini, Lando Zawawi menerusi satu posting di Facebook mengaitkannya dengan lalang-lalang di sekitar Selangor yang semakin meninggi.

Menurutnya, ia menjadi punca mengapa kes mangsa yang kemalangan tak dapat dijumpai hingga mayatnya reput dan perkara ini menurutnya telah banyak kali berlaku di kawasan sekitar Sabak Bernam.

Sekarang baru kau tahu kenapa saya sanggup tebas lalang yang meninggi di sekitar Selangor ni.

“Kes mayat mangsa sampai reput sebab tak jumpa ni bukan sekali jadi dekat Sabak Bernam,” tulisnya.

Lando juga pada masa yang sama berkongsi video memaparkan usahanya menebas lalang setinggi kepala di tepi jalan dekat Sabak Bernam.

Menurutnya, isu lalang yang tidak ditebas itu sudah pun diadukan kepada pihak berwajib malah mereka juga telah memviralkan perkara ini. Namun tiada usaha yang dibuat berkaitan hal tersebut. Sebagai info, video ini telah dirakam pada Jun tahun lepas.

Apa-apapun, kes kemalangan melibatkan remaja 17 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

Diharapkan isu lalang yang meninggi ini mendapat perhatian pihak berwajib dan usaha dapat dilakukan bagi mengelakkan musibah seperti ini terus berulang.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.