Langganan Setahun CapCut Pro Menerima Potongan 70% – Kini Hanya RM139.90

TechnologyDigital
27 Nov 2024 • 4:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CapCut kini merupakan antara aplikasi suntingan video AI yang popular. Ia digunakan oleh ramai pencipta kandungan untuk kemudahan menyunting video, menambah kapsyen dengan AI, melakukan ciri Auto Framing dengan AI, pelbagai pratetapan, peralihan animasi dan aset digital turut boleh diakses. Terbaru, langganan CapCut Pro telah menerima potongan harga yang mengejutkan.

image is not available

Potongan harga ini adalah sebanyak 70%, di mana langganan setahun yang sebelum ini berharga RM459.90 kini menjadi RM139. Bukan itu sahaja, CapCut turut menawarkan cabutan bertuah melalui permainan mini yang melayakkan pengguna menerima langganan tambahan dari 7 hari percuma, 50 hari percuma atau turut boleh mencapai sehingga percuma 1 tahun tambahan.

CapCut jelas sekali ingin memancing orang ramai melanggan terus pelan setahun kerana harga langganan sebulan telah dinaikkan dari RM29.90 sebulan kepada RM35.90 sebulan. Dalam semakan saya, ciri kongsi pautan CapCut Pro dengan rakan dan terima langganan percuma untuk tempoh terhad turut tidak lagi kelihatan.