Buku Audio Pada Spotify Kelak Akan Turut Menyertakan Video Pendek

TechnologyDigital
22 Nov 2024 • 12:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify kini ingin mula fokus kepada kandungan video, sehingga bersedia untuk membayar pencipta kandungan dengan video paling popular. Di Malaysia, penstriman video muzik mula ditawarkan – sementara di luar negara menerima akses kepada video podsiar dan video pembelajaran. Terbaru, Spotify akan menambah paparan video pada buku audio mereka pula.

image is not available

Penawaran buku audio dimulakan pada hujung tahun lepas. Terdapat lebih 150,000 buku audio dalam koleksi Spotify. Untuk menarik perhatian lebih ramai orang, penerbit atau pemilik buku audio kini boleh kongsi video pendek 30 saat. Kandungan video adalah dari di sebalik tabir, temuramah, detik sesi rakaman suara atau juga mesej dari penulis buku.

image is not available

Pada masa yang sama, Spotify turut memperkenalkan Follow Along yang memberi pengalaman visual imersif seakan membelek buku fizikal. Kemudian ciri Author Page yang memfokuskan profil penulis seperti katalog buku, kisah inspirasi, butiran latar belakang dan lain-lain turut akan diberikan.

image is not available

Buat masa ini penawaran buku audio masih terhad di negara seperti Australia, Amerika Syarikat, UK, Kanada, Perancis, Belgium, Ireland, New Zealand, Netherlands dan Luxembourg. Tiada maklumat bila buku audio akan ditawarkan di Malaysia, sama seperti masih tiada khabar bila DJ AI akan tiba juga.