Langganan Twitter Blue Ialah $8 Sebulan Dengan Ciri “Verified”, Pengurangan Iklan Dan Muat Naik Video Panjang

TechnologyDigital
2 Nov 2022 • 10:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Twitter Verified

Elon Musk ingin melakukan banyak perubahan besar ke atas Twitter yang baru dimiliki beliau. Langkah pertama ialah mengurangkan tenaga kerja dan kini beliau mengesahkan langganan Twitter Blue adalah $8 sebulan berbanding $4.99 sebulan sebelum ini.

Setiap pelanggan Twitter Blue akan menerima logo pengesahan identiti yang disahkan sendiri menerusi cir Twitter Verified. Walaupun membayar agak mahal untuk langganan, pengguna masih akan dapat melihat iklan dalam aplikasi cuma ia diseparuhkan. Kelebihan lain langganan ialah pelanggan boleh memuat naik video dan audio yang lebih panjang berbanding 140 saat sahaja.

image is not available

Pengguna juga akan diberikan kelihatan dalam carian serta membalas ciapan dalam bebenang. Musk turut berkata akses kepada artikel tapai sekatan berbayar akan turut diberikan dengan penerbitan yang ingin bekerjasama dengan Twitter.

Akhir sekali Musk mengatakan harga langganan ini akan berubah mengikut pasaran kerana $8 mungkin kecil bagi pelanggan di Amerika Syarikat tetapi tinggi bagi pengguna di Malaysia yang kini sekitar RM38.