Selepas Dikecam, Elon Musk Tukar Caj Pengguna Twitter ‘Verified’ Dari RM 95 Ke RM 37

Entertainment
2 Nov 2022 • 11:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Salah satu perkara utama mengenai pengambilalihan Twitter oleh Elon Musk ialah rancangannya untuk mengenakan bayaran kepada pengguna untuk akaun verified.

Walaupun sebelum ini ada laporan yang mengatakan blue checkmark tersebut akan berharga $20 (RM95) sebulan, tweet terbarunya mengatakan pengesahan tersebut hanyalah berharga $8 (RM 37) sebulan.

Awal pagi tadi, Elon Musk melalui Twitter miliknya mengatakan sistem pengesahan itu adalah tidak benar, malah beliau turut memberitahu akaun ‘biru’ akan berharga $8.

Dalam thread tersebut, beliau berkata pengguna akaun verified akan mendapat keutamaan dalam balasan, sebutan dan carian serta keupayaan untuk menyiarkan video dan audio yang panjang.

Mereka juga akan menerima iklan yang minimal, Elon Musk juga berkata syarikat itu boleh memberi penerbit “bersedia bekerja” dengan Twitter pintasan pada paywall dan sistem langganan itu akan memberikan Twitter pendapatan untuk “memberi ganjaran kepada pencipta kandungan”.

Selain itu, Elon Musk turut menyatakan beliau akan menerangkan rasional sistem tersebut lebih terperinci sebelum ia dilaksanakan, beliau turut menyatakan ia adalah satu-satunya cara untuk melenyapkan bots dan trolls.

Sumber: IGN

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.