Langgar 4 pelajar UiTM Dungun, beberapa video wanita dipercayai kurang siuman tular

LocalEntertainment
10 Oct 2024 • 9:52 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kemalangan ngeri melibatkan 4 pelajar UiTM Dungun telah menjadi perhatian memandangkan berita tersebut benar-benar mengejutkan.

Difahamkan, 3 pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun, Terengganu meninggal dunia selepas dirempuh oleh sebuah kereta jenis utiliti sukan (SUV) dipandu seorang wanita dipercayai kurang siuman di di Kampung Sura Hujung.

image is not available

Video suspek rempuh langgar 4 pelajar UiTM Dungun

Susulan daripada itu, tular beberapa video wanita tersebut yang dilihat mencurigai beberapa waktu sebelum kejadian dan dikatakan kerap berlegar di sekitar kawasan tersebut.

Antaranya adalah video sewaktu dua bernyanyi dan menari di satu kawasan lapang tanpa menghiraukan sesiapa yang berada di sekelilingnya.

Suspek langgar 4 pelajar UiTM Dungun memang kerap berkeliaran

Tak hanya itu, pengguna X dikenali sebagai saiful_msi turut berkongsi rakaman video wanita sama keluar dari tempat duduk pemandu kereta dengan menari dan bercakap sendirian.

Ditahan pihak berkuasa selepas kejadian

Menerusi tinjauan di media sosial, wanita berkenaan dikatakan memang mempunyai masalah mental dan memandu kenderaan sewaktu kejadian sehingga merempuh 4 pelajar UiTM tersebut yang baru pulang makan.

Walau bagaimanapun, wanita terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan telah ditahan pihak berkuasa susulan kejadian menyayat hati tersebut.

image is not available

Terdahulu, 3 pelajar yang baru seminggu mendaftar ke UiTM Dungun dilaporkan meninggal dunia selepas dirempuh SUV yang dipandu wanita terbabit.

Seorang lagi mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Dungun.

image is not available

Mangsa-mangsa yang terlibat ialah Ku Adib Aizab Ku Azmi, 20, penuntut jurusan Ijazah Perhotelan, manakala Khairil Anuar Jamaluddin, 20, dan Mohd Akhmal Tukirin, 20, adalah penuntut Ijazah Perakaunan.