
KUALA LUMPUR – Gelagat sebuah keluarga mencuit hati pengguna media sosial selepas video memaparkan sebuah tempayan pecah tular, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian tersebut, kejadian dipercayai berlaku ketika malam pengumuman rasmi Hari Raya Aidilfitri.
Dalam video berkenaan, seorang lelaki dilihat melompat kegembiraan sebaik sahaja pengumuman dibuat, namun secara tidak sengaja terlanggar sebuah jam dinding.
Akibat pelanggaran itu, jam berkenaan terjatuh lalu terkena tempayan berhampiran sehingga menyebabkan tempayan tersebut pecah.
Menurut kapsyen perkongsian, individu tersebut sempat berseloroh bahawa abangnya bakal ‘berdepan akibat’ pada pagi raya pertama susulan insiden berkenaan.
“Belum raya lagi weh, tapi abang aku dah pecahkan cermin tempayan mak aku. Raya pertama ni memang dia kena sujud la minta maaf,” katanya.
@a43lyn Ni raya pertama nii, memang kena melutut merayu kat mak #raya2026
♬ original sound – Teh hijau – Teh hijau
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya yang rata-rata terhibur dengan situasi tersebut.
Pengguna lain juga menyifatkannya sebagai momen spontan yang sering berlaku dalam suasana penuh keterujaan menjelang hari raya. -MYBERITA



