Langgar Lari Di Jalan Batu 11, Mangsa Kongsi Video Dashcam Mohon Netizen Cari Penunggang Motosikal Ini

4 Feb 2023 • 11:40 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Selamba langgar dan lari

Langgar Lari Di Jalan Batu 11, Mangsa Kongsi Video Dashcam Mohon Netizen Cari Penunggang Motosikal Ini. Satu klip video berdurasi 1 minit tular di media sosial memaparkan kejadian langgar lari antara sebuah kereta dan sebuah motosikal di Jalan Batu 11, Kuching.

Menerusi klip video terbabit, penunggang motosikal selamba melarikan diri selepas melanggar sebuah kereta.

image is not available
Langgar Lari Di Jalan Batu 11, Mangsa Kongsi Video Dashcam Mohon Netizen Cari Penunggang Motosikal Ini. Kredit: Kwan Chun Hui

Kejadian tersebut sempat dirakam menerusi dashcam milik mangsa iaitu pemandu kereta tersebut.

Terkejut dengan bunyi hentakan kuat dari arah belakang

Tindakan penunggang motosikal tersebut menyebabkan pemandu kereta itu terkejut disebabkan bunyi hentakan kuat dari arah belakang.

Klip video terbabit dimuat naik sendiri oleh pemandu kereta berkenaan menerusi akaun Facebooknya Kwan Chun Hui.

image is not available

Berdasarkan perkongsian itu, beliau meminta pertolongan daripada netizen untuk mengesan penunggang motosikal berkenaan menerusi kapsyen yang ditulis.

No plate sempat dirakam dashcam

Menerusi rakaman itu, beliau dilihat sempat mengejar pelaku yang dikatakan melarikan diri kerana enggan bertanggangjawab ke atas kejadian tersebut.

Mangsa gagal mengekori mangsa kerana pelaku berjaya meloloskan diri.

image is not available

Namun, nombor plate milik penunggang motosikal tersebut berjaya dirakam oleh kamera dashcam iaitu WB4091J.

Berang dengan tindakan pelaku, beliau meminta pertolongan daripada netizen untuk sama-sama mengesan penunggang motosikal berkenaan kerana tidak bersikap profesional ke atas tindakan beliau.

Baca lagi artikel menarik di sini: