
Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki dengan sengaja mencampak botol kaca arak dari balkoni di tingkat atas sebuah apartment ke arah jalan raya yang sesak.
Video yang menunjukkan perbuatan biadab lelaki itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @syrupboy1, namun video asal itu telah pun diberikan amaran dan dibuang oleh aplikasi tersebut.
Pemilik akaun tersebut telah meminta pihak PDRM menyiasat dan mengambil tindakan tegas untuk memberi pengajaran setimpal kepada pelaku.
Lokasi kejadian berlaku di Dang Wangi.
Polis KL akan jalankan siasatan untuk mengesan pelaku.
Video Tular : Sosial Media pic.twitter.com/bKK6eDeS4p
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) February 3, 2023
Menerusi rakaman video itu, tidak dapat dipastikan jika ada kenderaan turut terkena balingan botol arak terbabit dan juga di mana botol tersebut pecah.
Dalam pada itu, Jurucakap Polis Kuala Lumpur memaklumkan tindakan lelaki tersebut dipercayai berlaku di Dang Wangi.
“Lokasi kejadian berlaku di Dang Wangi. Polis Kuala Lumpur akan jalankan siasatan untuk mengesan pelaku,” katanya.
Jurucakap itu mengesahkan perbuatan itu adalah kesalahan di bawah Seksyen 268 (1) dan (2) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kacau ganggu awam dan mengikut Seksyen 290 yang boleh dihukum denda.
Sumber: NST

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


