Langgar Undang-Undang Kesatuan Eropah, Apple Didenda Lebih RM9 Bilion

Technology
6 Mar 2024 • 1:02 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Syarikat gergasi, Apple didenda lebih €1.8 bilion (RM9.2 bilion) oleh Kesatuan Eropah (EU) selepas melanggar undang-undang EU dmenghalang pengguna di Eropah mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan penstriman muzik lebih murah.

Menurut laporan, tindakan undang-undang itu merupakan denda antimonopoli pertama dikenakan terhadap Apple oleh Brussels susulan aduan oleh firma gergasi penstriman Sweden, Spotify.

Suruhanjaya Eropah turut mendapati Apple telah membuat sekatan terhadap pengeluar aplikasi dengan melarang mereka daripada memaklumkan kepada pengguna iOS mengenai perkhidmatan langganan muzik lebih murah di luar App Store.

Apple didenda

image is not available

“Perbuatan ini dilarang di bawah undang-undang antimonopoli EU,” kata suruhanjaya tersebut.

Difahamkan, sebanyak €40 juta (RM204 juta) diletakkan sebagai denda asas namun, segalanya berubah apabila penguatkuasa persaingan Suruhanjaya EU, Margrethe Vestager menganggap jumlah tersebut ibarat ‘saman letak kereta’ buat syarikat gergasi seperti Apple.

Disebabkan itu, pihaknya menambah lagi €1.8 bilion sebagai penalti bersifat ‘pencegahan’.

image is not available

“Denda keseluruhan €1.84 bilion ini menyamai 0.5 peratus pendapatan Apple di seluruh dunia.

“Kami mengarahkan Apple supaya tidak mengulangi amalan serupa pada masa hadapan,” kata Vestager.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved