“Langit Dah Bagitahu Saya Disihir Teruk, Saya Tak Gila” – Nonny Nadirah Buntu Diancam Secara Halus, Dakwa Bapa & Kakak Dib*nuh

LocalEntertainment
10 Feb 2025 • 2:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi, Nonny Nadirah mendedahkan dirinya kini sedang berdepan dengan gangguan sihir selain diancam secara halus.

Perkara ini dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagramnya dan memberitahu kesengsaraan yang ditanggung kali ini lebih dasyat sehingga dia terpaksa meminta bantuan.

image is not available

Assalamualaikum Balai Polis Bukit Aman. Saya Nonny Nadirah Zainuddin diganggu teruk oleh sihir dari golongan tiga.

 

Langit dah bagitahu saya disihir teruk. Lillahi ta’ala saya tak gila. Allah cerita semua tentang perbuatan mereka. Kalau satu negara buat diam tentang perbuatan penyihir ini, satu hari nanti negara ada masalah, jangan terkejut kalau Allah langsung tak tolong.

image is not available

Menerusi hantaran yang sama, Nonny memaklumkan dia hanya boleh bersuara mengenai hal tersebut di media sosial.

Penyanyi itu turut meluahkan rasa bimbang sekiranya hal ini tidak diambil serius, dikhuatiri boleh memudaratkan dirinya memandangkan keluarganya juga turut menerima ancaman.

Saya seorang Tuan. Asal dari Sabah sekarang ada di Kuala Lumpur. Semua disekat secara halus, kesakitan secara halus. Jumpa perawat bagitahu saya tak ada sakit apa, Allah bagitahu memang ada.

 

Bapa dan kakak saya dibunuh. Sekarang mereka ancam keluarga saya yang lain lagi. Harap Tuan boleh bantu saya walaupun dari jauh.

image is not available

Sebelum ini, Nonny pernah memberi bayangan gangguan sihir merupakan antara punca dia hilang dari industri hiburan.

image is not available 2 weeks ago

“Saya Bukan Calon Yang Sesuai, Cari Pasangan Lain” - Nonny Nadirah Tolak Lamaran Individu Tidak Dikenali, Akui Bersyukur Masih ‘Single’