“Langit dah bagitau saya disihir teruk” – Tegas Diri Tak Gila, Nonny Nadirah Mohon Bantuan PDRM

Entertainment
10 Feb 2025 • 3:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon Nonny Nadirah sekali lagi menjadi tumpuan setelah dia menjelaskan diri kini seolah-olah sedang merana dengan penyakit misteri yang sekian lama dia alami.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nonny Nadirah meminta bantuan daripada pihak Balai Polis Bukit Aman berkenaan dengan ‘sakitnya’ itu.

Kata Nonny ‘kesakitannya’ itu dirasai secara halus dan dia turut meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk ikuti kisah penyanyi terkenal Hollywood iaitu Chester daripada kumpulan Linkin Park dan bintang Korea terkenal Sulli yang pernah menggemparkan seluruh dunia sebelum ini kerana bunuh diri.

“Saya hanya boleh bersuara dalam media sosial. Saya tak tahan Tuan, sakit sangat sihir ni. Jumpa perawat bagitau saya tak ada sakit apa, Allah bagitau memang ada. Semua saya refer dalam Al-Quran Tuan. Agak lama saya sakit disebabkan sihir ini, akan tetapi yang paling sakit dalam 4 tahun ni.”

Dalam pada itu, Nonny menggesa agar pihak PDRM sepatutnya membuat satu tindakan terhadap perbuatan sihir ini kerana baginya, satu negara boleh mengalami masalah kelak.

image is not available

Dakwanya lagi, bapa dan kakaknya telah ‘dibunuh’ akibat perbuatan sihir ini dan sekarang, ‘sihir’ tersebut telah mengancam ahli keluarganya yang lain. Jadi, Nonny berharap agar pihak berkuasa dapat membantunya biarpun dari jauh.

Semoga Nonny dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.