Langkah atasi masalah parkir di Hospital Sandakan

LocalPolitics
30 Oct 2025 • 3:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) merangkap Ahli Majlis Perbandaran Sandakan Chong Thien Ming mencadangkan agar langkah sementara segera dilaksanakan bagi mengatasi masalah kesesakan parkir yang telah lama dihadapi di Hospital Duchess of Kent (HDOK).

Antara langkah yang dicadangkan adalah menyewa dua kawasan lapang berhampiran yang mampu menampung kira-kira 100 kenderaan.

“Saya juga mencadangkan agar menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik bagi membawa pelawat dan kakitangan hospital antara kawasan parkir sementara dan hospital.

“Selain itu pelan pengurusan parkir yang sistematik harus diwujudkan bagi memastikan operasi berjalan lancar serta keselamatan awam terjamin,” katanya.

Chong berkata langkah-langkah berkenaan akan dapat menyelesaikan sementara masalah parkir yang dihadapi penduduk Sandakan ketika ini.

Menurutnya kos yang terlibat adalah minimum merangkumi sewaan tapak dan tenaga kerja sahaja selain boleh diurus dengan berkesan.

“Rakyat Sandakan telah menunggu terlalu lama. Kita tidak boleh lagi membiarkan birokrasi melambatkan penyelesaian kepada isu asas seperti ini.

“Inisiatif ini bersifat praktikal, kos rendah dan mengutamakan rakyat,” tegasnya.